Isu Panas
Like

‘Tsunami’ penyatuan orang Melayu

February 3, 2012
54 Views
0 Comments
2 minutes read
‘Tsunami’ penyatuan orang Melayu

SHAH ALAM 2 Feb. – Landskap politik di negara ini bakal berubah dengan penyatuan seluruh orang Melayu sekali gus membentuk ‘tsunami’ baru yang akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit dalam Pas.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang penganjuran jelajah beliau ke seluruh negara selepas dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Kata beliau, sokongan terhadap perjuangan Islam, Melayu dan raja (IMR) diyakini akan terus bertambah dan menjadi titik permulaan kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

”Dengan ‘tsunami’ itulah ia akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit di dalam Pas,” katanya ketika berucap pada forum bertajuk Bermulalah Ummah: Siri Jelajah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd.

Hasan berkata, beliau akan terus memastikan isu IMR di negara ini terpelihara meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman.

”Walaupun British menjajah kita, pernah mentadbir kita tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu, mereka bersetuju untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi iaitu sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

”Justeru, kita perlu pastikan Islam akan terus kekal sebagai agama Persekutuan di negara ini selain memastikan hak istimewa Melayu terpelihara kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Melayu itu sebagai Islam dan Islam itu adalah Melayu,” jelasnya.

Sementara itu, Hasan Basri berkata, penganut agama lain di negara ini tidak perlu bimbang dengan ceramah siri jelajah tersebut kerana ia semata-mata bagi memperjuangkan hak umat Islam.

”Perhimpunan ini hanya mahu memelihara hak umat Islam dan tidak menghalang hak penganut agama lain untuk beragama,” katanya.-utusan

Komen & Pendapat

Leave a Reply