Perak Hari Ini

15,000 pengunjung meriahkan Clock Tower Street Fiesta

Lebih 15,000 pengunjung membanjiri Dataran Menara Condong, Teluk Intan Sabtu lalu sempena program Clock Tower Street Fiesta yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri Perak.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk para pengunjung termasuklah pertandingan tarian naga, futsal serta pemeriksaan kesihatan dan servis motorsikal secara percuma yang ditawarkan oleh Pusat Giat MARA.

Sebelum itu, golongan anak muda dari sekitar daerah itu berkonvoi dengan menaiki 100 motorsikal bermula dari Kolej Komuniti hingga ke Dataran Menara Condong.

Town Hall Meeting, acara paling dinanti-nantikan penduduk tempatan apabila mereka dapat menyuarakan pandangan dan masalah mereka kepada pemimpin tempatan dan ketua-ketua jabatan.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudddin dan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Idris Hashim.

Dipengerusikan oleh Ketua Pemuda BN negeri, Khairul Azwan Harun, pelbagai soalan dibangkitkan antaranya kebersihan longkang yang tidak diurus baik serta hala tuju dan masa depan golongan belia di Teluk Intan serta peluang pekerjaaan yang disediakan bagi mengelak penghijrahan ke luar.

Selain itu, masalah perjudian haram turut dirungkai dan wakil pihak  polis berjanji semua jenis lesen kafe siber akan dipantau bagi mengelak ia terus berleluasa.

Persembahan artis, Fiq Mentor memeriahkan acara di waktu malam yang sebelum itu berlangsung pertandingan street dance di tempat sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");