Isu Panas

Azizan kekal MB, Phahrolrazi dan Dr Ismail perlu sertai EXCO: PAS

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan bahawa Datuk Seri Azizan Razak, akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah manakala Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh perlu menerima semula jawatan EXCO.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.

Katanya, perkara itu sebagaimana diputuskan pada mesyuarat yang berlangsung di Alor Star, Sabtu lalu.

“PAS Pusat juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang akan sama-sama bertanggungjawab membantu dan memberi pandangan kepada negeri yang diterajui PAS dan negeri yang PAS adalah sebahagian daripada pentadbiran mereka,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah dua Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");