Jenayah

Bas terbalik di Genting, seorang maut, dua terperangkap

gambar hiasan-

KUALA LUMPUR: Seorang maut, manakala dua terperangkap apabila sebuah bas persiaran yang membawa 24 penumpang warga India terbabas, sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting-KL, jam 8.15 pagi tadi.

Nahas berlaku ketika bas itu sedang dalam perjalanan menuruni pusat peranginan Genting Highlands menuju ke Singapura.

Kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin apabila hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata polis menerima aduan orang awam yang melalui kawasan terbabit sejurus kemalangan berlaku.

“Anggota bomba dan penyelamat kemudian bergegas ke lokasi nahas dan kerja-kerja menyelamat kini sedang giat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap,” katanya ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");