Sukan Hari Ini
Like

Chong Wei gantung raket 2013

March 10, 2012
93 Views
0 Comments
1 minute read
Chong Wei gantung raket 2013

Hanya beraksi hingga Kejohanan Dunia di Guangzhou

MASIH meletakkan Sukan Olimpik di London sebagai keutamaannya, jaguh badminton negara Lee Chong Wei mendedahkan dia hanya akan bersara sebagai pemain tahun depan.

“Saya kena bermain sehingga 2012 atas sebab ikatan penajaan dan akan mencuba buat kali terakhir pada Kejohanan Dunia 2013 (di Guangzhou),” katanya selepas menewaskan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 23-21, 21-18 dalam pusingan kedua Seluruh England di Birmingham, kelmarin.

Mengenai perancangan masa depannya, pemain 30 tahun itu berkata, dia memberi tempoh dua tahun buat dirinya untuk menjalankan perniagaan sebelum memikirkan sama ada untuk kembali sebagai jurulatih.

“Kini saya meletakkan keutamaan untuk menang di Olimpik, namun pada masa yang sama saya fokus untuk menang bagi mempertahankan kejuaraan kali ketiga (Seluruh England) bagi memberi lebih keyakinan menjelang Olimpik nanti,” katanya.

Juara bertahan itu akan bertemu Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia dengan ditemani seorang lagi perseorangan lelaki negara, Liew Daren pada suku akhir, semalam.

Biarpun sebelum ini tidak diletakkan harapan tinggi, Daren yang julung kali menyertai kejohanan itu membuktikan kemampuannya apabila menundukkan Rajiv Ouseph dari England 21-15, 21-10 dalam tempoh 32 minit.

Namun halangan besar menantinya pada suku akhir apabila dijadual bertemu pemain Korea, Lee Hyun Il yang juga pilihan kelapan.
“Mungkin kali ini Hyun Il akan lebih bersedia selepas saya menewaskannya pada pertemuan lalu. Saya hanya perlu bermain seperti hari ini (pusingan kedua) dan yakin peluang 50-50 untuk mara ke separuh akhir,” katanya.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat

Leave a Reply