Sukan Hari Ini
Like

Chong Wei Perlu Pastikan Kecederaannya Tak Jejas Aksi Di Olimpik – Shabery

March 13, 2012
104 Views
0 Comments
1 minute read
Chong Wei Perlu Pastikan Kecederaannya Tak Jejas Aksi Di Olimpik – Shabery

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei perlu memastikan kecederaan bahunya sembuh sebelum Olimpik London.

Beliau berkata jika kecederaan itu serius, Chong Wei perlu melupakan hasrat beraksi di pusingan akhir piala Thomas di Wuhan, China pada 20 hingga 27 Mei depan bagi memastikan ia sembuh sepenuhnya.

“Saya dimaklumkan kecederaan bahu Chong Wei tidak serius dan beliau dijangka memerlukan masa tiga hingga lima minggu untuk pulih,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) Isinin.

Ahmad Shabery juga berkata pemain nombor satu dunia itu perlu sedar dan komited dalam menunaikan hasrat negara memperoleh pingat emas pertama di kejohanan Olimpik Ogos nanti.

Semalam, Chong Wei menarik diri pada set kedua perlawanan akhir All England di Birmingham, England semasa menentang pemain China Lin Dan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply