Sukan Hari Ini

Doa Untuk Kejayaan Skuad Olimpik Negara Pungut Emas Pertama

Satu program “Munajat Olimpik 2012” akan diadakan di 10 buah masjid terpilih di seluruh negara bulan depan bagi memohon kejayaan buat skuad negara meraih pingat emas Olimpik pertama.

Antara masjid yang terlibat dalam program anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) ini ialah Masjid Negara, Masjid Sri Petaling, Masjid Wilayah Persekutuan, masjid di Kemaman dan Muar, kata Ketua Unit Hal Ehwal Islam, cawangan Pentadbiran MSN, Mohamad Hasnol A. Bakar.

“Program kerohanian ini akan diadakan setiap malam Jumaat sepanjang bulan April dengan pengisian majlis membaca surah Yassin dan tahlil dan solat sunat hajat secara berjemaah bagi memohon kejayaan skuad negara meraih pingat emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik London 2012, ” katanya kepada Bernama Khamis.

Beliau berkata MSN menjemput semua rakyat Malaysia menyertai program itu dan bersama-sama berdoa agar impian negara untuk meraih pingat emas pertama negara tercapai.

Mohamad Hasnol berkata idea untuk menganjurkan program berkenaan diilhamkan sendiri oleh Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");