Perak Hari Ini

Ekonomi Perak berkembang pesat: MB

Usaha berterusan kerajaan negeri membangunkan Perak semakin menampakkan hasilnya berikutan kemasukan pelabur yang mewakili pelbagai sektor pelaburan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberitahu kepesatan pembangunan negeri menunjukkan kesan atau petanda baik, sekaligus meningkatkan keyakinan pelabur terutama sektor   perbankan untuk melabbur di Perak.

“Usaha gigih kerajaan negeri selama ini telah memberikan satu impak positif yang mana pelabur telah menunjukkan keyakinan mereka untuk mengembangkan lagi sektor ekonomi di Perak.

“Sejak dua tahun lalu, sudah ada beberapa bank baru yang diwujudkan dan ia selaras dengan pertumbuhan sektor perbankan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan cawangan pertama Bank Al Rajhi di Ipoh.

Dalam perkembangan lain, menurut Zambry, kerajaan Perak sedang merangka semula beberapa perancangan pembangunan masa depan negeri itu yang membabitkan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Malah katanya, kawasan perindustrian Kamunting merupakan kawasan menjadi fokus utama memandangkan ia berada di dalam lingkungan Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

“Dengan pembangunan kawasan industri yang bakal dikenali sebagai ‘Greater Kamunting’ itu ia dijangka dapat bergerak terus sehingga ke kawasan Batu Kurau dan Larut dan sekaligus menggalakkan pelaburan di kawasan itu.

“Kita jangka ia dapat membantu untuk menambahkan lagi kawasan tapak industri di Kamunting dan terus berkembang hingga ke kawasan Batu Kurau.

“Melalui usaha ini juga , kawasan ekonomi baru  hingga ke  Larut dapat diwujudkan kerana kita dapati kawasan itu agak sedikit ketinggalan dari segi pembangunan dan juga pelaburan,” katanya.

Tambah Zambry, pihak NCIA pada dasarnya telah bersetuju untuk mewujudkan kawasan pembangunan dan industri baru yang dikenali sebagai Greater Kamunting.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");