Perak Hari Ini

Golongan miskin sekitar Sitiawan terima bantuan PKNP

Golongan miskin dan miskin tegar di negeri Perak tidak pernah diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyalurkan pelbagai bantuan bagi mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Salah satu agensi yang turut membantu usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan di kalangan rakyat ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Bertempat di Kampung Pandak Pasir, dekat Lekir, 10 rakyat miskin tegar menerima bantuan Sara 1Malaysia bernilai RM30,000 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Bantuan peralatan juga diserahkan kepada usahawan kuih-muih secara kecil-kecilan, Faridah Rejab dari Kampung Hujung Pasir.

Tidak ketinggalan, nelayan, Samat Roslan, 39, yang menerima bantuan bot bernilai bernilai RM15,000 daripada PKNP bagi membantu pemuda itu keluar dari kepompong kemiskinan.

Bercakap kepada Perak Today.com, Samat berkata, beliau bersyukur kerana mendapat bantuan bot daripada PKNP, sekaligus meringankan bebannya untuk menampung kehidupan seharian bersama dua lagi adiknya.

“Saya bersyukur di atas bantuan ini kerana sebelum ini saya menggunakan bot rakan untuk keluar menangkap ikan di perairan Pangkor.

“Dengan bantuan PKNP ini, saya dapat memiliki sendiri bot dan tidak menyangka permohonan saya diluluskan oleh kerajaan dengan segera,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry berkata, rakyat harus bersyukur di atas bantuan yang disediakan kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Katanya, kerajaan Malaysia menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang politik berbanding negara lain.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab untuk membantu semua rakyat walaupun ada segelintir yang membenci kerajaan.

“Kita menggunakan pendekatan turun padang untuk membantu rakyat dengan memberi yang terbaik untuk mereka,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, kerajaan yang memerintah hari ini bukanlah sempurna dan terbaik tetapi penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran untuk membantu rakyat jelata.

“Saya juga berharap pemimpin parti dari peringkat atasan hingga akar umbi dapat turun padang untuk menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat dengan berkesan,” tambahnya.

Pada majlis itu, lebih 100 rakyat miskin dan miskin tegar sekitar Sitiawan menerima BR1M bagi meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");