Isu Panas
Like

Jawatankuasa Madrasah Salihiah buat laporan polis berhubung papan iklan surau baru

March 1, 2012
225 Views
0 Comments
59 seconds read
Jawatankuasa Madrasah Salihiah buat laporan polis berhubung papan iklan surau baru

ALOR SETAR: Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah hari ini membuat laporan polis berhubung papan tanda pelan surau baru yang didirikan berhampiran madrasah itu yang dianggap sengaja dibuat bagi mengelirukan rakyat.

Pengerusi jawatankuasa itu, Mansor Ahmad, yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pagi tadi berkata, pemaju menaikkan papan tanda itu yang mempunyai lakaran pelan surau baru dan ini adalah satu provokasi yang boleh menimbulkan pertelingkahan dan mengundang kemarahan masyarakat Islam terutamanya anak kariah madrasah itu.

Mansor berkata, pembinaan papan tadi itu dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar.

Terdahulu, Mansor bersama kira-kira 50 jawatankuasa madrasah tersebut bertindak mengoyak kanvas pada papan tanda itu sebagai bantahan terhadap pihak pemaju dan kerajaan negeri.

– BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply