Membawang Hari Ini

Johan Kawal Pertuturan Elak ‘Mulut Celupar’

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Johan (Raja Lawak) berkata beberapa kes kontroversi yang berpunca daripada keceluparannya ketika berjenaka membuatkan dia lebih berhati-hati.

Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 27, berkata dia mengambil pendekatan untuk mengawal pertuturan bagi mengelak sebarang kontroversi atau salah faham daripada berulang, khususnya ketika bertugas sebagai penyampai di radio Era FM.

“Sebelum ini, sudah banyak kali jenaka dan gurauan saya disalah ertikan dan diambil serius sehingga mengundang kontroversi dan masalah. Bagi saya itu semua perkara yang lepas.

“Ia mengajar saya untuk lebih peka dan berhati-hati terutamanya dalam berkata-kata dan berlawak ketika bertugas di studio radio Era FM,” katanya.

Hos program Raja Lawak 6 itu ditemui selepas bertugas dalam segmen Johara Pagi Era di Pusat Penyiaran Asia, Astro, Bukit Jalil, di sini, Selasa.

Johan berkata, susulan beberapa kontroversi yang timbul, dia kini lebih selesa untuk bercakap mengenai perkara atau isu yang umum dalam jenakanya bagi mengelakkan salah faham mana-mana pihak.

“Saya memang peka tentang perkara-perkara sensitif dan dilarang. Untuk mengelakkan pentafsiran yang salah di kalangan pendengar, saya bersama dua lagi penyampai segmen Johara Pagi Era iaitu Ray dan Haniff memilih untuk bercakap atau bergurau tentang topik umum.

“Dengan cara itu, jenaka kami tidak akan menyinggung mana-mana individu atau pihak dan ia dapat diterima umum,” katanya.

Johan berkata sebagai bukti kepekaannya, dia turut menggunakan teknik yang lebih ‘selamat’ pada salah slot kendaliannya, GMMJ – Gossip Mosip Mak Jemah yang berkisar tentang perkembangan dunia hiburan dalam dan luar negara.

“Saya tidak ulas secara bulat-bulat setiap gosip yang kami pilih tetapi saya garap ia menerusi kewujudan pelbagai watak termasuk karakter Mak Jemah dalam bentuk jenaka.

“Malah, saya akan cipta situasi baru yang tiada kaitan dengan gosip yang diketengahkan itu agar ia kedengaran lebih santai, ringan dan tidak menyinggung sesiapa,” katanya.

Trio ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi di Era FM.

– mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");