Jenayah

Keluarga terkejut panggilan telefon

Keluarga seorang lelaki, G Ruben, 26, bimbang dengan keselamatannya apabila dia gagal dikesan selepas berkunjung ke rumah kakaknya di Taman Perling, Johor, 10 Disember tahun lalu.

Pelbagai usaha dilakukan, tetapi lelaki itu masih gagal dikesan selepas keluar dari rumah kakaknya bersama beberapa rakan.
Selepas dua minggu kemudian, kakaknya, G Nanthini, 32 membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya, Johor, pada 17 Disember.

Bapanya, K Govindasamy, 53, berkata, dia sekeluarga tidak putus asa untuk menjejak Ruben yang sudah tiga bulan tidak pulang.
“Seluruh keluarga merinduinya dan tetap menanti kepulangannya,” katanya.
Menurut Govindasamy, anak lelakinya itu menjalankan perniagaan pengedaran kelapa di Kuala Lumpur sejak setahun lalu dan ke Johor untuk bercuti di rumah kakaknya.

Awal Februari lalu, kira-kira jam 11.54 malam, seorang anggota keluarganya menerima panggilan telefon yang tidak tertera nombor pemanggil daripada seorang wanita tidak dikenali memaklumkan anaknya berada dalam tahanan dan memberi amaran supaya tidak melaporkan kepada polis.
“Kami terkejut dengan panggilan itu dan bimbangkan keselamatannya, kami sekali lagi membuat laporan di Balai Polis Daerah Ipoh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");