Isu Panas

Kemelut Kedah: Keputusan Hari Ini

ALOR SETAR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dijangka mengumumkan keputusan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di Kedah pada Ahad.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin akan ada penyelesaian yang terbaik bagi menangani kemelut berkenaan selepas mengadakan mesyuarat semalam yang dihadiri Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa PAS Kedah.

Beliau berkata pada mesyuarat yang berlangsung di lebih dua jam itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi diberi peluang membentangkan fakta masing.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Salahuddin memberikan peluang selama sejam seorang bagi mendengar penjelasan kedua-dua pihak.

“Kedua-duanya memberikan pandangan dalam suasana yang harmoni, profesional serta membentangkan pandangan dengan fakta.

“Namun akhirnya PAS Pusat akan membuat keputusan dan kami percaya kedua-dua pihak akan mematuhi keputusan berkenaan,” katanya kepada pemberita di luar kediaman Menteri Besar tengah malam Sabtu.

Salahuddin berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan membuat pengumuman mengenai keputusan berkenaan pada sidang media pagi Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");