Berita Hari Ini

KR1M Terus Dapat Sambutan Rakyat Walaupun Pelbagai Tohmahan Oleh Pembangkang

PASIR PUTEH, 1 Mac – Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai walaupun pelbagai tohmahan dibuat oleh pembangkang terhadap kedai tersebut, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setakat ini terdapat 31 KR1M di seluruh negara dan orang ramai mahukan kerajaan membuka lebih banyak kedai itu yang  menawarkan produk pengguna yang berkualiti dengan harga jualannya sehingga 50 peratus lebih murah berbanding produk serupa di bawah jenama terkenal.

“Kedai Rakyat 1Malaysia walaupun dikritik macam-macam oleh pembangkang tetapi dari segi jualan semakin naik, terdapat permintaan orang ramai di  seluruh negara supaya kerajaan membuka lagi KR1M.

“Ini maknanya orang lebih percaya kepada kerajaan daripada percaya kepada pembangkang mengenai KR1M,” katanya selepas merasmikan KR1M di Tok Bali dekat sini hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan akan membuka 54 lagi KR1M sebelum akhir tahun ini supaya lebih ramai lagi rakyat mendapat manfaat daripada  usaha kerajaan meringankan bebanan perbelanjaan harian mereka.

“Secara puratanya, setiap 31 KR1M yang sedang beroperasi sekarang mencatat hasil jualan kira-kira RM10,000 sehari,” katanya.

Beliau berkata pembukaan KR1M lebih tertumpu kepada kawasan Bandar memandangkan kos sara hidup penduduknya lebih tinggi  berbanding di kawasan kampung.

Katanya kerajaan tidak bercadang untuk membuka KR1M di kawasan kampong tetapi pengusaha kedai runcit boleh mendapatkan produk dari  KR1M dengan harga bawah paras siling untuk dijual di kedai mereka.

“Saya harap jangan ada kebimbangan daripada pengusaha kedai kampung kerana KR1M patut dianggap sebagai pelengkap kepada apa yang  mereka ada dan bukannya menjadi pesaing kepada mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");