Isu Panas

Krisis Kedah: Phahrolrazi, Ismail Akur Dilantik Exco

KUALA LUMPUR: Krisis pentadbiran kerajaan PAS Kedah selesai apabila Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Ismail Salleh akur dengan arahan PAS Pusat untuk menerima lantikan sebagai exco.

Persetujuan itu juga dibuat berdasarkan keputusan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui parti itu.

“Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco. Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri,” katanya seperti yang dilaporkan Harakahdaily pada Isnin.

Bagaimanapun ketika berita ini ditulis, difahamkan Phahrolrazi dan Ismail sedang mengadakan sidang media di Alor Setar berhubung pendirian masing-masing.

PAS Pusat pada Isnin mengumumkan keputusan yang dicapai pada mesyuarat hampir empat jam di Alor Setar pada Sabtu lalu bahawa Phahrolrazi dan Ismail perlu menerima lantikan sebagai exco.

Manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus menerajui kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");