Isu Panas

MCA Bidas DAP Cuba Cetus Kekecohan

MCA membidas DAP kerana cuba mencetuskan gangguan semasa majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sg Long oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata sementara Perdana Menteri jujur untuk melakukan kebajikan kepada masyarakat Cina, masih terdapat sesetengah pihak yang enggan menerima langkah tersebut dan memilih untuk menimbulkan tindakan tidak wajar bagi menyekat acara tersebut daripada berjalan lancar.

“Tindakan oleh Ahli Majlis Perbandaran yang lama dan sekarang dari DAP itu telah menjejaskan imej pembangkang sebagai pakatan yang memerintah Selangor. Perlu juga dijelaskan bahawa DAP tidak pernah menunaikan janji mereka berhubung pendidikan masyarakat Cina.

“Apabila tidak dapat menindakkan hakikat bahawa BN telah menunaikan janji mereka berhubung pendidikan masyarakat Cina, DAP menjadi tidak senang dan menganggap sumbangan BN sebagai ancaman. Ini merupakan salah satu sebab mereka cuba mengganggu majlis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Pada majlis itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan 2.9 hekar tanah bagi membina sebuah SJKC di Sungai Long.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata tindakan DAP tersebut hanya mahu mencari publisiti dengan memainkan isu.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");