Berita Hari Ini

MPM Cadang Kerajaan Mewajibkan Warganegara Daftar Sebagai Pengundi

Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) mencadangkan kerajaan supaya mewajibkan setiap warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi selepas mencapai umur 21 tahun.

Anggota Jawatankuasa Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Presiden Gagasan Melayu Perak Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail berkata pendedahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sejumlah 3.7 juta orang belum mendaftar sebagai pengundi baru-baru ini amat memeranjatkan dan kerajaan perlu bertindak mengatasi masalah itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama di luar Persidangan Tahunan ke-3 MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, bekas ketua pengarah Jabatan Penjara Malaysia dan Presiden Majlis Aids Malaysia Tan Sri Mohd Zaman Khan dan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Zainal Abidin Sakom.

Mohd Hilmi berkata jumlah yang tidak mendaftar sebagai pengundi itu juga akan terlepas peluang melaksanakan hak sebagai seorang rakyat Malaysia dalam menentukan hala tuju negara pada masa depan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");