Berita Hari Ini

Orang Ramai Di Sabah Diminta Tidak Panik Ekoran Wabak HFMD

Orang ramai di Sabah diminta tidak panik dengan wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah yang kini menyebabkan sekurang-kurangnya enam Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Penampang ditutup untuk sementara waktu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata walaupun jumlah kes HFMD yang dilapor mencecah 149 kes, wabak itu masih terkawal.

“Janganlah panik. Apa yang penting ialah ikut nasihat dan langkah-langkah yang disaran oleh Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Klinik 1Malaysia Taman Sri Rugading, dekat sini Khamis.

Rosnah berkata daerah Penampang mencatat jumlah kes paling tinggi dengan 70 kes atau 54.5 peratus daripada kes keseluruhan, diikut Kota Kinabalu (46 kes), Tuaran (10 kes), Papar (enam kes), Keningau (empat kes), Pitas (empat), Tenom (empat), Kudat (dua), Kuala Penyu (dua) dan Kota Marudu (satu).

“Tiga wabak dilaporkan di daerah Penampang yang melibatkan 70 kes daripada 36 lokaliti. Bagaimanapun, wabak itu berjaya dikawal minggu lepas.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");