Perak Hari Ini

PAS semakin terdesak minta ahli derma 15 peratus BR1M kepada parti

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini menyelar tindakan PAS Cawangan Kamunting yang mengeluarkan surat pekeliling meminta ahlinya menyerahkan 15 peratus daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai sumbangan derma kepada parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tindakannya parti pembangkang itu juga katanya, jelas menunjukkan parti itu semakin terdesak hingga sanggup mengambil kesempatan di atas kesusahan dan penderitaan yang dialami ahlinya yang juga merupakan rakyat miskin dan miskin tegar.

Dengan nada menyindir, Zambry berkata:

“Baguslah kalau PAS buat macam tu…buat banyak-banyak sebab parti itu tiada duit untuk menghadapi pilihanraya dan salah satu cara untuk mendapatkannya ialah daripada rakyat yang susah dan hidup di bawah paras kemiskinan.

“Kononnya parti PAS untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi mereka ambil wang daripada rakyat yang susah sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi bantuan itu.

“Parti ini sanggup mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain dan mereka juga tidak berasa bersalah kononnya sumbangan itu sebagai amalan bersedekah sedangkan rakyat yang menerima BRIM itu golongan miskin dan miskin tegar yang tidak layak dari segi syarat untuk mengeluarkan zakat,” katanya lagi.

Beliau mengulas tindakan PAS cawangan Kamunting yang mengarahkan supaya ahlinya yang menerima BRIM menyerahkan 15 peratus atau RM50 daripada wang RM500 yang diterima kepada parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Dalam perkembangan sama, Zambry berkata, PAS boleh menggunakan cara lain untuk mendapatkan sumber kewangan dan bukannya dengan cara mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat.

“Pemimpin PAS tidak peduli kesusahan dan penderitaan rakyat dan sebagai parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat, rakyat perlu dinasihatkan untuk berbelanja secara berhemah dan bukan dengan cara meminta duit mereka.

“”Buatlah cara lain….kesian rakyat dan orang yang susah,” katanya lagi.

Tegasnya, kerajaan BN menghulurkan bantuan itu tanpa mengira fahaman politik tetapi atas  dasar untuk membasmi kemiskinan dan membantu rakyat yang susah.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan Malaysian Rally Championship (MRC)  2012 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung, pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");