Perak Hari Ini
Like

Pelatih PLKN Sungai Siput Meninggal Dunia Di Hospital Selepas Demam

March 13, 2012
528 Views
0 Comments
45 seconds read
Pelatih PLKN Sungai Siput Meninggal Dunia Di Hospital Selepas Demam

Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini meninggal dunia malam Isnin selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput kerana demam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R.Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam.

Laporan kematian dibuat oleh bapanya pada Selasa dan punca kematian belum diketahui.

Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply