Perak Hari Ini

Pembinaan Insinerator Di Kuala Lumpur Melalui Tender Terbuka – Chor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tawaran pembinaan insinerator di Kuala Lumpur dengan jangkaan kapasiti antara 800 tan dan 1,000 tan sampah dibuka secara tender terbuka kepada kontraktor tempatan dan luar negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata pembinaan insinerator itu bagi menampung keperluan pelupusan sisa pepejal yang semakin mendesak di ibu negara dan kontraktor yang mempunyai keupayaan dalam teknologi berkenaan boleh menghantar tender serta kertas cadangan mereka kepada kerajaan.

“Perdana Menteri telah menetapkan supaya tawaran (pembinaan insinerator) diberi secara tender terbuka. Kita beritahu sedunia, kita mahu kriteria yang kita mahukan, jadi sila hantar tender. Kita akan kaji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Dataran Lenggong di sini Jumaat.

Beliau berkata apabila semua tender diterima dan ditutup, pakar yang berkenaan akan mengkaji semula tawaran kontraktor bagi mengenal pasti teknologi yang terbaik dan meneliti kos pembiayaan.

Katanya berdasarkan lawatannya ke dua buah negara, pembinaan insinerator bagi pelupusan sampah yang berada tidak jauh dari bandar dengan kapasiti 800 tan hingga 1,000 tan sampah sehari memerlukan kos pembiayaan tidak kurang RM500 juta.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");