Program Basmi Kemiskinan

Pemilik restoran ditipu agensi pembantu rumah

Sudahlah terpaksa menanggung kos hidup serta perubatan pembantu rumahnya, nasib malang terus menimpa pemilik restoran, Tang Koon Lin, 41, apabila beliau dituduh melakukan penderaan oleh agensi pembantu rumah.

Koon Lin mendakwa pada 10 Februari lalu, beliau menggunakan perkhidmatan pembantu rumah daripada agensi pekerjaan dan tempoh percubaan selama seminggu diberikan.

Sepanjang tempoh itu, pembantu rumah warga Indonesia, Atri Elasmi Banu,23, langsung tidak menunjukkan sebarang sikap negatif atau mengalami masalah kesihatan.

“Dalam tempoh percubaan itu, Atri semangnya nampak seperti berminat dan menunjukkan sikap yang rajin ketika bekerja….atas sebab itu saya bersetuju untuk menjadikannya sebagai pembantu rumah.

“Namun, pada 23 Februari, Atri telah terjatuh dari tangga ketika sedang membersihkan kipas dan disebabkan dia mengalami kesakitan maka kami menghantarnya ke hospital.

“Selepas sehari menerima rawatan, Atri kemudiannya dibenarkan pulang namun sampai sahaja ke rumah, pembantu rumah itu pengsan dan menyebabkan saya terpaksa memanggil doktor datang ke rumah,” katanya lagi.

Berikutan kondisi pembantu rumahnya yang kurang sihat, Koon Lin meminta pihak agensi untuk menukar pembantu rumah sedia ada kepada yang lain bagi mengelak keadaan yang lebih teruk.

Setelah beberapa hari Atri dipulangkan, agensi terbabit kemudiannya membuat panggilan terhadap Koon Lin dan mendakwa majikan itu telah melakukan penderaan terhadap pembantu rumah berkenaan.

“Semasa saya menghantar Atri kepada agensi, memang dia tidak sihat tetapi tidak terdapat tanda-tanda seperti lebam dibadannya.

“Namun, pada 28 Februari lalu, pihak agensi menerusi panggilan telefon menuduh bahawa saya telah memukul, mencabut rambut, mencubit serta merotan seluruh badan pembantu rumah berkenaan hingga cedera.

“Sudahlah saya terpaksa membelanjakan RM12, 700 bagi urusan pengambilan pembantu rumah, kualiti perkhidmatan yang diberikan itu langsung tidak seperti yang saya harapkan,” katanya kepada pemberita.

Koon Lin yang kelihatan kecewa dengan tindakan pihak agensi itu lantas membuat laporan polis bagi melindungi diri jika pihak agensi masih membuat tuduhan.

Katanya, tindakan agensi terbabit seolah-olah sengaja dibuat-buat untuk mengaut keuntungan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");