Jenayah

Polis cari 6 lelaki bantu siasatan kes jenayah

TAPAH – Polis Tapah kini mencari enam lelaki bagi membantu siasatan terhadap enam kes berbeza yang dilaporkan berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kini pihaknya sedang mencari kesemua lelaki tersebut yang dipercayai terlibat dalam enam kes jenayah iaitu, curi, samun, bunuh, datangkan kecederaan parah dan curi dalam kenderaan.

Menurutnya, seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Haslan Razak, 29, berasal dari Kampung Bukit Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah dicari kerana dipercayai terlibat dalam kes curi dalam bangunan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Individu kedua pula yang terlibat dalam kes Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan cedera parah dikenali sebagai Yeap Sin Hong, 46, berasal daripada Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur.

“Lelaki ketiga yang dicari dikenali sebagai R Thinagaraj, 24, berasal daripada Kampung Mak Teh, Tapah Road bagi membantu siasatan berkaitan kes samun berkawan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, polis juga mencari Mohd Aslam Pateh Mohd, 45, berasal dari Kampung Muhibbah, Chederiang bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam kenderaan.

Jelasnya, pihaknya juga kini menjejaki seorang lelaki dikenali sebagai Muhamad Nizal Husin Nordin, 29, atau Boy berasal dari Kampung Batu 3, Jalan Temoh yang terlibatkan dalam kes curi dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Kami turut mencari seorang lelaki bernama M Balakrishnan atau dikenali sebagai Bubu, 23, berasal dari Kampung Baru, Langkap bagi membantu siasatan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pihaknya berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat berkenaan enam lelaki tersebut bagi menyelesaikan kes yang disiasat anggotanya.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah dan lain-lain boleh menghubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau terus ke balai polis berdekatan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");