Perak Hari Ini

PR sasar menang 40 kerusi DUN pada PRU-13

Pakatan Rakyat (PR) menyasarkan memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum ke -13 akan datang.

Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming, berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS menyokong keputusan DAP untuk bertanding di dua kerusi Parlimen, iaitu Ipoh Timur dan Ipoh Barat.

Katanya, parti itu juga akan meletakkan calonnya bertanding di enam kerusi DUN Parlimen Ipoh Timur dan Ipoh Barat iaitu Canning, Kepayang, Bercham, Pasir Pinji, Tebing Tinggi dan Buntong.

Tegasnya, 90 peratus pengagihan kerusi yang bakal ditandingi Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang sudah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti pembangkang itu.

“Baki 10 peratus belum diputuskan sebagai persediaan jika berlaku pertukaran kerusi di saat-saat akhir,” katanya.

Pakatan Rakyat kata Kor Ming, akan memastikan parti pembangkang mendapat majoriti 2/3 pada pilihan raya akan datang, sekaligus mengulangi kemenangan pada 2008.

Dalam laporan China Press pada November lalu, DAP Perak dijangka akan mengekalkan calon dan muka yang sama untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13.

Hasil maklumat yang diperolehi, dalam tujuh kerusi Parlimen, satu kerusi iaitu Parlimen Teluk Intan akan bertukar tangan.

Calon kerusi Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang telah menang untuk tempoh satu penggal akan tetap dikekalkan di kawasan itu untuk menerajui pusat keseluruhan negeri itu.

Beliau akan bekerjasama dengan Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming serta Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Jika tiada sebarang perubahan, mereka akan bertahan di tempat yang sama.

Mengikut maklumat terkini, dalaman parti telah memilih Neo Chor Kim yang akan mempertahankan kerusi DUN Malim Nawar, dimana calon kerusi DUN di Jelapang akan ditentukan kemudian, namun begitu nama Tay Hock Kee telah disebut-sebut sebagai calon.

Mengikut maklumat lain, kerusi DUN Pokok Asam, Yee Seu Kai yang telah menyandang tiga penggal akan digantikan oleh calon dari Ipoh sendiri kerana calon perlu tahu berbahasa Kantonis untuk kawasan itu.

Ada sesetengah pihak mahukan Yee Seu Kai bertanding di kerusi DUN Kepayang, di mana kerusi Pokok Asam yang dikosongkan itu akan digantikan dengan Ketua Jawatankuasa gabungan tiga parti kawasan, Cheng Kok Ling.

Satu lagi maklumat mengatakan, Setiausaha Pemuda DAP kawasan Ipoh Timur Ng Yun Loong dan Ketua Angkatan DAP Ipoh Selatan, Neo Shun Fat juga antara calon kerusi DUN Kepayang.

Di kawasan DUN Bercham pula, difahamkan perbincangan sedang berjalan ataupun perkara itu akan diserahkan kepada orang baru yang berkebolehan seperti Neo Chee Kian yang merupakan Ketua Pemuda DAP kawasan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");