Isu Panas

Salah Laku Moral, Tiada Intergriti Jadi Mimpi Ngeri Pembangkang

KUALA LUMPUR 29 Feb – Pelbagai masalah yang berlaku terhadap beberapa pemimpin PKR merupakan mimpi ngeri yang berterusan terpaksa dilalui oleh parti itu dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata kepimpinan PKR kini berada dalam keadaan tertekan terutama dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat berikutan beberapa peristiwa dan laporan membabitkan pemimpin mereka.

“Apa yang berlaku itu banyak memberi kesan kepada PKR dan pakatan pembangkang, selain isu Anwar dengan Israel, kes terbaru yang membabitkan Ustaz Bad (Badrulamin Baharom) merupakan satu lagi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh PKR.

“Sebab itu, pakatan pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mencari isu memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menutup atau mengalihkan tumpuan rakyat terhadap mereka.

“Alasan paling mudah bagi mereka untuk menutupnya ialah dengan menuduh UMNO, apa sahaja yang berlaku semuanya perancangan UMNO, bagi mereka itulah jalan mudah untuk menutup segalanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas dakwaan pakatan pembangkang bahawa apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang sudah dirancang, termasuk membabitkan kes Ustaz Bad dan kekecohan yang berlaku ketika perhimpuan Hijau di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Menyalahkan UMNO adalah strategi mereka untuk menutup kelemahan yang berlaku, mereka cuba menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap UMNO, sebab itu apa sahaja yang berlaku UMNO yang sering disalahkan.

“ Mereka kini sudah kehabisan peluru untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional, dulu mereka boleh mengula-gulakan rakyat, janji-janji mereka kini merupakan perangkap yang dipasang akhirnya menjerat tuannya sendiri,” katanya.

Anuar berkata, semakin hampir tempoh pilihan raya maka pelbagai dakyah atau fitnah yang memburuk-burukkan BN dan UMNO akan dilakukan oleh mereka termasuk serangan peribadi kepada pemimpin.

“Tanpa menyedari, apa yang dilakukan oleh pembangkang itu sebenarnya banyak memberi manfaat kepada DAP, tetapi bagi PKR dan Pas itu semua membuat mereka semakin perit untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");