Berita Hari Ini

Sistem Penarafan Bangunan Dirangka Untuk Galak Industri Hijau – Shaziman

Kementerian Kerja Raya sedang merangka sistem penarafan bangunan hijau untuk membolehkannya diguna pakai sektor awam dan swasta dalam usaha menggalakkan industri hijau negara.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata dalam memastikan usaha itu berjaya, kementerian menetapkan supaya pembinaan bangunan menggunakan teknologi ‘Sistem Binaan Berindustri’ (IBS).

“(Sebagai contoh) bahan yang digunakan (dalam teknologi IBS) bagi pembinaan sekolah, terutama di kawasan luar bandar, mampu mengurangkan suhu sehingga 2 darjah Celcius berbanding biasa.

“Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya pada majlis makan malam dan penyampaian hadiah Pertandingan Greentech House 2011 (GTH 2011) di Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini Ahad malam.

Shaziman juga berkata satu perbincangan diadakan dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan bagi mengganti lampu jalan biasa kepada lampu jenis ‘diod pemancar cahaya (LED)’ yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik antara 50 sehingga 55 peratus.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");