Berita Hari Ini

Turun Padang Penting Untuk Kerajaan Dapatkan Maklum Balas Rakyat – TPM

Program turun padang dan bertemu rakyat yang dilaksanakan pimpinan kerajaan penting dalam usaha kerajaan mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pendekatan seumpama itu memberi ruang lebih luas kepada rakyat untuk turut terlibat dalam proses pembangunan negara dan memastikan apa juga dasar dan program yang ingin dilaksanakan kerajaan diterima baik setiap lapisan masyarakat.

“Menerusi pendekatan ini kita mengadakan pertemuan dengan rakyat terlebih dahulu supaya dasar dan program yang ingin dilaksanakan dapat diterima dengan baik.

“Kita tidak mahu ada perkara yang dibuat kerajaan, sebenarnya niat kita baik tapi kadang-kadang ia disalah tafsir dan tidak difahami yang menyebabkan apa yang kita nak laksanakan itu terbantut atau tidak memberi impak sebagaimana dikehendaki,” katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Katanya kerajaan juga mahu barisan pimpinan semua peringkat termasuk di negeri-negeri supaya lebih aktif mengadakan perjumpaan dengan kumpulan sasar masing-masing untuk mendapatkan imput yang diperlukan kerajaan untuk menambah baik dasar atau program yang dilaksanakan.

“Pendekatan ini penting. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ada sebut “zaman kerajaan tahu semuanya sudah berakhir”, sekarang rakyat bermaklumat dan mereka lebih berpuas hati jika mereka turut terlibat dalam perancangan program yang ingin dilaksanakan kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");