Membawang Hari Ini
Like

Zizan Nafi Dibayar RM50 Ribu Sejam

March 21, 2012
124 Views
0 Comments
2 minutes read
Zizan Nafi Dibayar RM50 Ribu Sejam

Pelawak terkenal, Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan, 28, terkejut apabila soal bayarannya sekali lagi diungkit oleh segelintir pihak.

Namun, pelawak yang juga bergelar pengacara itu menjelaskan bahawa dakwaan yang dilontar terhadap dirinya dan Johan adalah fitnah semata-mata.

“Saya tidak pernah meletakkan harga sebegitu tinggi. Sejujurnya, saya pun pelik bagaimana dakwaan sebegini boleh timbul.

“Terus-terang, saya tidak pasti siapa yang berani bercakap bagi pihak kami dalam menentukan harga atau pun bayaran kami. Sejujurnya, saya tidak akan meletakkan harga tinggi macam itu sekali.

“Saya bukannya seorang selebriti yang sampai tahap seperti Aznil. Andai kata tahap saya sudah seperti Aznil pun, saya tidak akan meletakan harga sampai begitu sekali,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zizan mengakui akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak tertentu apabila menyentuh bab pembayaran.

“Saya tidak akan sembarangan meletakan harga untuk setiap persembahan saya. Begitu juga, jika saya bersama Johan.

“Pada kebiasaannya, saya akan mengikut kemampuan saya.

Sekali lagi, saya tidak berani untuk letak harga tinggi sehingga diluar jangkaan,” ujarnya.

Sementara itu, Zizan memberitahu kontraknya bersama program Melodi tinggal setahun lagi.

Malah, dia akan terus bersama program berkenaan sungguhpun ketika ini dia sudah secara sah menjadi artis eksklusif Astro.

“Astro tidak pernah sekat saya untuk berterusan menjadi pengacara Melodi. Inilah kontrak baru yang diberikan Astro pada saya.

“Mereka benarkah saya untuk merancang karjaya saya. Syukur Alhamdulillah, saya amat menghormati kontrak itu dan menganggapnya sebagai kontrak yang sangat bagus dan tidak membebankan,” katanya.

Sebelum ini, bayaran yang rendah diberikan kepada Zizan ketika menyertai bual bicara bersama Ustaz Azhar turut dipertikaikan.

Namun, segalanya terjawab apabila Zizan menyifatkan penglibatan dengan program berkenaan lebih kepada tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

Komen & Pendapat

Leave a Reply