Jenayah

21.3 juta batang rokok putih dirampas

Johor Bahru: Sebanyak 21.3 juta batang rokok putih membabitkan cukai serta duti ditaksirkan sebanyak RM13.55 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor selepas mematahkan cubaan menyeludup masuk bahan itu melalui dua pelabuhan di negeri itu, pada bulan lalu.

Pengarah Kastam Negeri Johor Datuk Ramli Johari berkata, kejayaan itu sekali gus menjadi rampasan terbesar penyeludupan masuk rokok yang berjaya dipatahkan Kastam Negeri Johor sepanjang tahun ini.

Katanya, pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang pada 19 Oktober lalu berjaya merampas 10.5 juta batang rokok bernilai RM840, 000 dan cukai serta duti ditaksirkan RM6 juta.

Menurutnya, anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan Pasir Gudang membuat pemeriksaan ke atas kontena di pelabuhan berkenaan selepas mencurigai kandungannya yang diikrar sebagai pita pelekat industri sebanyak 224 kotak.

“Hasil pemeriksaan di hadapan wakil sebuah syarikat perkapalan yang membawa kontena berkenaan mendapati ia mengandungi 52,500 karton rokok putih.

“Malah, siasatan lanjut turut mendapati premis pengimport yang diikrar adalah tidak wujud, Sehubungan itu, seorang ejen perkapalan iaitu seorang lelaki tempatan lingkungan 20-an ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 133(1)(a), Akta Kastam 1967 ,” katanya.

Ramli berkata, kejayaan kedua ialah pada 30 Oktober lalu apabila anggota Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kastam Johor Bahru membuat pemeriksaan rapi ke atas sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini.

Katanya, pemeriksaan menemui 1,008 kotak mengandungi batang colok itu, bagaimanapun menemui 10.89 juta batang rokok bernilai RM544, 000 membabitkan cukai serta duti yang ditaksirkan sebanyak RM6.1 juta.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");