Sukan Hari Ini
Like

Atlet Tak Mampu Menang Perlu Berundur, Kata Menteri

April 18, 2012
129 Views
0 Comments
1 minute read
Atlet Tak Mampu Menang Perlu Berundur, Kata Menteri

Atlet yang sudah tidak mampu memberi kemenangan perlu berundur bagi memberi peluang kepada atlet pelapis, tegas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, demikian juga kepimpinan sukan yang tidak lagi berdaya saing perlu memberi ruang untuk orang baru menerajui persatuan.

“Pertelagahan sesama sendiri bukan sahaja dianggap beban kepada kemajuan sukan kita tetapi akan menghilangkan keyakinan para atlet dan orang ramai terhadap sukan kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Kebangsaan 2011 di Hotel Palace of Golden Horses di sini Selasa malam.

Turut berangkat ke majlis itu Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan anugerah kepada Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 iaitu pemain badminton Datuk Lee Chong Wei, yang diwakili abangnya Lee Chong Eng, dan ratu terjun Pandelela Rinong. Pandelela dan Chong Wei menerima piala dan wang tunai berjumlah RM20,000.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply