Sukan Hari Ini
Like

Bola Sepak: FAM Denda FAS RM29,500 Gagal Sedia Kawalan Keselamatan

April 21, 2012
153 Views
0 Comments
1 minute read
Bola Sepak: FAM Denda FAS RM29,500 Gagal Sedia Kawalan Keselamatan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendenda Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sebanyak RM29,500 setelah gagal menyediakan kawalan keselamatan sepatutnya semasa perlawanan antara Sarawak dan Lions XII di Stadium Negeri di Kuching pada 17 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak berkata FAS didapati bersalah dalam empat pertuduhan iaitu gagal menyediakan kawalan keselamatan menyebabkan penyokong dan penonton Sarawak membaling botol air hingga terkena kepada pegawai perlawanan menyebabkan FAS didenda RM15,000.

Beliau berkata kegagalan menyediakan keselamatan itu juga menyebabkan pegawai dan pemain Lions XII dibaling botol air yang mengakibatkan FAS didenda RM2,500.

“FAS juga didapati bersalah dalam tuduhan ketiga iaitu gagal mengawal keselamatan di pintu utama Stadium Negeri menyebabkan penyokong Sarawak bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil iaitu ‘pengadil rasuah’ dan ‘pengadil bodoh’. Bagi kesalahan itu FAS didenda RM6,000,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM Jumaat.

Taufik berkata FAS juga didenda RM6,000 atas kesalahan penyokong menggunakan pancaran laser terhadap penjaga gawang Lions XII menyebabkan perlawanan terhenti selama lima minit.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply