Berita Hari Ini

Mangsa Bom dari Pulau Pinang dan Kedah: Kerajaan negeri buat apa?

Susulan kejadian letupan bom di Hatyai, PerakToday mendapati hampir kesemua mangsanya menetap sama ada di Pulau Pinang atau Kedah.

Namun adakah kesemua mangsa mendapat bantuan dari kerajaan negeri masing-masing?

Sudah jelas disini, kedua-dua kerajaan negeri dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat langsung tidak prihatin dengan nasib rakyatnya malah sanggup melepaskan tanggungjawab sama ada untuk membantu membawa pulang apatah lagi untuk menanggung kos hospital.

Kerajaan beginikah yang harus dipilihan rakyat, sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga dan membiarkan mangsa-mangsa ini di Thailand.

Sedikit pun tidak terlintas di fikiran mereka untuk membantu mangsa-mangsa ini dan disebabkan tidak sanggup membiarkan mangsa terbabit maka kerajaan BN menggalas tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Inilah yang terjadi sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah, yang mereka tahu hanyalah mengaut keuntungan peribadi dan membiarkan nasib rakyat tidak terbela.

Mujur jugalah Malaysia mempunyai seorang pemimpin yang sangat prihatin dan amat tangkas dalam soal membantu rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dengan cepat telah mengarahkan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) untuk menghulurkan bantuan ke atas mangsa-mangsa.

Jika nak ditunggu pertolongan dari kerajaan negeri, maka sampai Kucing Bertanduk pun tidak akan berlaku.

Sepatutnya, kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang merasa malu dengan pertolongan dari kerajaan pusat.

Mungkin disebabkan mereka tidak sanggup merisikokan nyawa masing-masing untuk turun ke kawasan letupan bom itu maka dibiarkan sahaja rakyat-rakyatnya menderita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");