Sukan Hari Ini
Like

Menteri harap jumlah alit bertambah

April 19, 2012
105 Views
0 Comments
2 minutes read
Menteri harap jumlah alit bertambah

DEBARAN Sukan Olimpik 2012 kini semakin memuncak dengan hanya berbaki 100 hari lagi.

Pada firasat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dia mahu melihat lebih banyak atlit bersama dalam kontinjen ke London, Julai ini.

Setakat ini, seramai 19 atlit daripada lapangan memanah, menembak, berbasikal, terjun dan lawan pedang sudah pun menempah tiket awal ke temasya terbesar dunia itu dan Shabery percaya jumlah itu akan meningkat kepada kira-kira 30 atlit dalam masa terdekat ini.

“Sebagai contoh, badminton yang dilihat cetusan emas pertama negara di sana nanti belum lagi membuat pemilihan dan jika senarai lengkap sudah siap nanti mungkin ada tambahan tujuh hingga lapan atlit lagi maka ia akan berkembang sehingga kira-kira 30 atlit semuanya mewakili negara.

“Saya percaya dengan lebih ramai atlit bersama ia akan memeriahkan lagi penyertaan negara di temasya itu yang ditunjangi Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid,” kata Shabery pada majlis pelancaran 100 Hari Menjelang Sukan Olimpik London 2012 dan perasmian Bilik Sekretariat Road To London di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

“Selain sebagai tempat persediaan bagi atlit dan pasukan sokongan ke London, Bilik Sekretariat ini akan menjadi sebagai medium untuk semua pihak bagi menyalurkan maklumat terkini, selain tempat monitor perkembangan atlit dari semasa ke semasa.”

Turut hadir pada majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Simon Featherstone, Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk A Sani Karim, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.
Terdahulu, sebagai simbolik mengira detik 100 hari itu, satu larian disertai 100 peserta termasuk belia dan golongan dewasa dari Malaysia serta British menyertai larian 100 meter dalam kategori Bawah 15, B-18 di padang mini MSN.

-BERITA HARIAN

Komen & Pendapat

Leave a Reply