Sukan Hari Ini
Like

MSN Pertimbang Guna Khidmat Pakar Eropah Susun Program Olahraga Di Negara Ini

April 20, 2012
113 Views
0 Comments
58 seconds read
MSN Pertimbang Guna Khidmat Pakar Eropah Susun Program Olahraga Di Negara Ini

Majlis Sukan Malaysia (MSN) bercadang menggunakan khidmat pakar dari negara Eropah bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Teknikal dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Ketua pengarah MSN Datuk Zolkples Embong berkata MSN telah mengenal pasti beberapa individu yang mempunyai kelayakan untuk mentadbir aktiviti KOM dan akan mengumumkan nama individu yang terpilih dalam masa terdekat ini.

“Kami telah menyenarai pendek tiga nama calon yang berkelayakan dan mereka dari luar negara.

“MSN tidak bermaksud untuk mengenepikan pakar tempatan tetapi sehingga kini belum ada individu yang layak difikirkan mempunyai kemahiran itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Kem Atlet Olahraga 2012, di sini.

Zolkples berkata jawatan itu adalah umpama ketua kepada enam ketua jurulatih bagi enam disiplin yang telah dilantik.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply