Sukan Hari Ini
Like

Perak Lwn Sabah

April 17, 2012
565 Views
0 Comments
53 seconds read
Perak Lwn Sabah

KELEBIHAN dua gol gagal dimanfaatkan pelawat Sabah untuk sekadar berkongsi satu mata menentang Perak dengan keputusan seri 2-2.

Kesilapan penjaga gol pembukaan Sabah sejurus sebelum rehat menerusi jaringan Zainizam Marjan pada minit ke-45 bagi memadamkan gol pembukaan pada minit ke-34 oleh pemain import Perak, Michael Kubala.

Pada babak kedua, Zainizam berjaya meletak Sabah di depan hasil tindakan penyudah menarik untuk menewaskan Nasril pada kali kedua selepas menerima hantaran cantik dari K Thanaraj pada minit ke-60 namun impian wakil Borneo itu membawa pulang tiga mata gagal selepas Kubala sekali lagi mempamer taring dengan meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat

Leave a Reply