Isu Panas

Phahrolrazi, Ismail angkat sumpah EXCO Kedah

ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya I dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi serta Dr Ismail Salleh dilantik semula sebagai EXCO kerajaan negeri dengan diberi portfolio lebih kecil berbanding sebelum ini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail yang menolak untuk dilantik semula ke jawatan berkenaan berikutan krisis pentadbiran dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, sebelum ini, mengangkat sumpah sebagai EXCO di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Dalam pelantikan baru ini, Phahrolrazi memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga berbanding sebelum ini beliau turut memegang portfolio Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.

Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi berbanding sebelum ini yang turut menyenaraikan portfolio kesihatan.

Senarai EXCO yang dikeluarkan selepas majlis itu menyaksikan beberapa perubahan portfolio dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.

Datuk Amiruddin Hamzah kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi, manakala Phahrolrazi dilantik sebagai

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Datuk Siti Ashah Ghazali, Datuk S Manikumar, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad dan Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, yang menerima tawaran pelantikan semula lebih awal dulu, kekal dengan jawatan masing-masing.

Dr Hamdan kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Ghani kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");