Sukan Hari Ini
Like

Ranking FIFA Amat Penting, Kata Bekas Bintang Manchester United

April 22, 2012
82 Views
0 Comments
1 minute read
Ranking FIFA Amat Penting, Kata Bekas Bintang Manchester United

Bekas bintang Manchester United (MU), Ronny Johnsen dan Gary Pallister percaya ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah amat penting dalam memastikan pembangunan berterusan sukan itu di peringkat antarabangsa.

Johnsen, yang juga bekas pemain Norway, berkata ranking FIFA sentiasa menjadi keutamaan bagi semua pasukan kebangsaan di seluruh dunia.

“Satu ketika dahulu Norway telah disenaraikan antara pasukan terbaik dunia tetapi kini terpaksa melalui pusingan kelayakan ke Kejohanan Eropah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Kelab Peminat MU di Hotel Maya, di sini.

Johnsen, 47, pemain tengah MU dari 1996 hingga 2002, berharap pasukan kebangsaan Malaysia akan mencapai peningkatan di peringkat antarabangsa.

Manakala Pallister berkata ranking FIFA merupakan ukuran pembangunan bola sepak di sesebuah negara.

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata skuad negara perlu mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara-negara yang menduduki ranking lebih baik dari Malaysia bagi memperbaiki ranking FIFA.

Dalam ranking terkini FIFA, Malaysia menduduki tangga ke-156, merosot lapan anak tangga sejak Janurai lalu.

Malaysia menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari) dan tempat ke 152 pada Mac lalu.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply