Sukan Hari Ini

Tengku Abdullah jadi orang tengah

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di antara FAM dan Tan Sri Annuar Musa ekoran hukuman penggantungan dua tahun setengah terhadap Timbalan Presiden FAM itu pada 4 April lalu.

Dalam reaksinya terhadap penggantungan Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Kelantan (KAFA), Tengku Abdullah turut meluahkan rasa kesal di atas apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama, baginda melahirkan rasa simpati terhadap Annuar yang digantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA.

Namun apa yang membimbangkan baginda, penggantungan Annuar, yang didapati bersalah kerana membuat kenyataan media tanpa izin yang melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif 4 Februari lalu, mungkin mewujudkan keretakan dengan FAM.

– MINGGUAN MALAYSIA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");