Sukan Hari Ini

19 Atlet Negara Layak Ke Olimpik 2012 Setakat Ini – Gan Ping Sieu

Seramai 19 atlet negara dari lima jenis sukan telah layak secara merit ke Sukan Olimpik di London Julai ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu.

Beliau berkata mereka terdiri daripada empat atlet memanah, lapan bagi acara akuatik-terjun, seorang atlet untuk masing-masing acara menembak dan lawan pedang, tiga bagi acara berbasikal trek dan dua orang untuk berbasikal lebuh raya.

Bagaimanapun bilangan itu belum mengambil kira sukan badminton yang masih lagi dalam proses kelayakan dan hanya akan diketahui 22 Mei ini, katanya semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini pada Khamis.

Gan juga berkata sandaran negara untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik masih diletakkan pada acara badminton, khususnya kepada Datuk Lee Chong Wei.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");