Perak Hari Ini

5,000 ekor ayam diagihkan untuk program penambahan bekalan makanan

Sebanyak 5,000 ekor ayam diagih-agihkan kepada penduduk miskin di beberapa kampung negeri ini bagi menjayakan program kedua penambahan bekalan makanan rakyat yang tinggal di luar bandar.

Timbalan Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn berkata, program itu secara tidak langsung mampu mengurangkan kebergantungan penduduk kepada pembelian makanan di pasaran samata-mata.

“ Kita mahu penduduk menghasilkan sendiri makanan yang seterusnya  berupaya mengurangkan kesan kenaikan harga makanan kepada golongan miskin.

“ Kita sedia maklum bahawa jika harga makanan naik maka penduduk miskin akan menerima kesannya apabila mereka tidak mampu membelinya,” katanya.

Antara kampung yang terlibat dalam program itu termasuklah Kampung Changkat, Kampung Tualang dan Kampung Buruk Bakul.

Ko Youn berkata, melalui penternakan ayam itu juga, pendapatan keluarga miskin dapat dipertingkatkan.

“ Kita menggalakkan mereka supaya membela haiwan ternakan ini di kawasan halaman rumah dan seterusnya boleh mendatangkan sumber pendapatan apabila ia dapat dijual.

“ Perkara ini apabila dipraktikkan dengan baik pastinya akan membuahkan hasil yang lumayan,” katanya.

Katanya, penduduk yang mendapat bekalan ayam itu mungkin boleh menambah sendiri bilangan ayam yang ada untuk dijual.

“Jika mereka mengusahakan dengan baik pastinya ia akan membuahkan hasil lumayan.

“Pembaziran juga tidak berlaku apabila sisa makanan yang tidak habis boleh diberikan ternakan ayam dan ini pastinya  dapat menjimatkan kos membeli makanan ayam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");