Perak Hari Ini

Bersih 3.0: Pembangkang gagal kawal, semai benih keganasan di kalangan belia

Tindakan segelintir golongan muda yang bertindak ganas dengan memaki hamun dan memukul anggota polis pada perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu menunjukkan pemimpin parti pembangkang gagal mengawal tindak tanduk penyokong mereka.

Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, berkata perlakuan ganas yang ditunjukkan peserta pada perhimpunan tersebut telah membuktikan kelemahan yang sedia ada pada parti politik tersebut.

“Kalau itu (provokasi) bentuk didikan yang diberikan kepada orang muda, apa akan berlaku jika mereka memerintah?

“Pasti akan ada yang lebih teruk berlaku nanti,” jelasnya.

Beliau berkata, pembangkang cuba membudayakan tindakan ganas, sekaligus menjadi satu hasutan serta didikan yang melangkaui batas serta norma masyarakat tempatan.

“Tindakan memukul serta memanggil pihak berkuasa dengan panggilan anjing begitu melampau,” ujarnya.

Jelasnya,  rusuhan yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini yang sentiasa berada dalam keadaan yang aman.

“Ini merupakan kejadian yang tidak pernah saya jangka kerana selalunya kita hanya lihat perkara ini berlaku di luar negara sahaja,” katanya lagi.

Menurut Zainol, dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, adalah tidak salah bagi individu untuk mempunyai pandangan mahupun cadangan tersendiri.

Walau bagaimanapun jelasnya, perbezaan pendapat golongan tertentu tidak wajar didengari sekiranya ia menjejaskan keselamatan masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");