Sukan Hari Ini

Chong Wei Kalahkan Tommy Untuk Bertemu Sony Di Peringkat Akhir

Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012 selepas menewaskan bintang muda Indonesia, Tommy Sugiarto 21-18, 21-18.

Beliau yang mengambil masa 46 minit untuk menewaskan Tommy akan berdepan dengan Sony Dwi Kuncoro yang telah menewaskan Muhammad Hafiz Hashim 21-19, 21-10 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Bandaraya di sini Sabtu.

Sementara itu dalam acara bergu lelaki, pilihan pertama kejohanan itu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengalahkan rakan senegara Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari 17-21, 21-16, 21-13.

Mereka akan bertemu bergu Chooi Kah Ming-Ow Yao Han yang telah menewaskan rakan senegara Gan Teik Chai-Ong Soon Hock 20-22, 21-6, 21-16.

Bergu wanita veteran Chin Eei Hui-Wong Pei Tty pula menewaskan beregu Jepun Yuki Fukushima-Yui Miyauchi 21-19, 21-10.

Mereka akan bertemu dengan beregu Singapura Shinta Mulia Sari-Yao Lei yang telah menewaskan satu lagi bergu Malaysia Goh Liu Ying-Lim Yin Loo dengan 21-18, 21-14.

Bergu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengalahkan beregu Indonesia Riky Widianto-Puspita Richi Dili 21-18, 21-18.

Mereka akan bertemu beregu Indonesia Fadhilah Irfan-Anggraini Weni yang mengalahkan bergu Singapura Danny Bawa Chrisnanta-Vanessa Neo Yu Yan 24-22, 21-17.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");