Berita Hari Ini

Industi Pelancongan Perlu Terus Perkenal Produk Baru Tarik Pelancong Luar

Pengamal industri pelancongan perlu berusaha memperkenalkan pelbagai produk baru selain menambah baik produk pelancongan sedia ada untuk terus menarik kedatangan pelancongan terutama dari luar negara.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata jumlah kedatangan pelancongan luar yang kebelakangan menyaksikan penurunan adalah satu perkara yang membimbangkan dan perlu diatasi.

“Sebagai contoh di Negeri Sembilan ini jumlah kedatangan pelancong tahun 2010 adalah 2.2 juta di mana lebih 600,000 atau 30 peratus daripada jumlah itu adalah pelancong luar negara.

“Bagi tahun lepas pula jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Sembilan meningkat kepada 2.3 juta orang bagaimanapun jumlah kedatangan pelancong asing ke negeri ini menurun kepada lebih 473,000 orang atau 20 peratus,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012, di sini Sabtu.

Tahun lalu, Malaysia merekodkan 24.7 ketibaan pelancong luar negara dengan perolehan pelancongan sebanyak RM58.3 bilion, meningkat berbanding 24.5 pelancong pada 2010 yang mencatatkan perolehan pelancongan RM56.5 bilion.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");