Berita Hari Ini

Isteri Wakil Rakyat Perlu Rajin Turun Padang Ikut Suami Jumpa Rakyat – Rosmah Mansor

KUANTAN, 3 Mei (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) supaya turut mengikut suami melawat kawasan bagi bertemu dan memupuk hubungan yang erat dengan rakyat.

Beliau berkata isteri wakil-wakil rakyat perlu bijak memainkan peranan dalam melipatgandakan usaha memenangi hati rakyat untuk kembali menyokong BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

“Pupuklah hubungan yang baik di antara isteri pemimpin dan masyarakat dengan memperhebatkan program-program turun padan dan semarakkan gelombang biru bersama masyarakat.

“Dalam menghadapi PRU-13 ini saya ingin melihat isteri wakil-wakil rakyat juga memperluaskan peranannya dengan menyalurkan maklumat mengenai usaha dan pencapaian kerajaan dalam pelbagai lapangan demi untuk meringankan beban rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi,” katanya.

Rosmah berucap pada majlis perasmian Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional 2012 di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, di sini, pada Khamis.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");