Program Basmi Kemiskinan

Jalan berlubang, lampu jalan tidak mencukupi

Jalan taman perumahan yang rosak dan berlubang perlu diberi perhatian segera oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kerana masalah itu dibimbangi boleh mengancam nyawa pengguna jika terus berlarutan.

Seorang penduduk dari Kamunting yang dipetik dalam ruangan Suara Komuniti  Berita Harian, Ahmad Osman, berkata lampu jalan yang dipasang pula tidak mencukupi hingga menyebabkan ada kawasan yang gelap.

Tegasnya, rumput di tepi jalan panjang dan padang dibiarkan panjang manakala longkang pula semak dan air tidak mengalir dengan baik.

“Mengapa MPT begitu lembap memberi perkhidmatan yang sepatutnya cekap dan memuaskan.

“MPT tidak seharusnya memberi pelbagai alasan kerana penduduk membayar cukai setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPT, Shahrom Abdul Malik, ketika mengulas masalah itu berkata, pihaknya sentiasa prihatin dan berusaha melaksanakan pelbagai kemudahan dan memperbaiki perkhidmatan kepada orang ramai supaya mereka lebih selesa.

Katanya, tahun ini, MPT telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi digunakan untuk menaiktaraf jalan dan menyediakan kemudahan lain untuk penduduk.

Katanya, peruntukan itu akan digunakan untuk menaiktaraf infrastruktur di beberapa kawasan di bandar itu.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) katanya, memperuntukkan RM900,000 bagi MPT mewujudkan Taiping sebagai bandar selamat.

“Ini termasuklah pemasangan lampu limpah di beberapa lokasi,” katanya.

Beliau berkata lagi, pemasangan lampu akan dilaksanakan secara berperingkat dan bergantung kepada keperluan orang ramai yang mengemukakan permohonan kepada MPT termasuk melalui Ahli Majlis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");