Berita Hari Ini
Like

JTK sasar 6,000 peluang kerja sempena Karnival Job Malaysia

May 3, 2012
83 Views
0 Comments
1 minute read
JTK sasar 6,000 peluang kerja sempena Karnival Job Malaysia

KOTA BHARU: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kelantan mensasarkan 6,000 peluang pekerjaan dapat diisi di Karnival Job Malaysia sempena pelancaran Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini.

Karnival selama dua hari, mulai esok itu akan diadakan di tapak perasmian pusat di Kampung Baru Tunjung, dekat sini.

Pengarah JTK negeri, Pezman Abdullah, berkata sebahagian daripada jumlah penyertaan termasuk graduan menganggur yang mendaftar dengan jabatan itu.

Beliau berkata, pihaknya akan menyediakan kira-kira 60 gerai pameran bagi menempatkan pelbagai majikan dari dalam dan luar negeri yang memberi maklumat peluang pekerjaan dan mengadakan temuduga terbuka.

Bercakap kepada pemberita, Pezman berkata, program itu adalah yang terbesar pernah dianjurkan jabatannya sempena pelancaran RTC itu.

“Kita menjangkakan 6,000 peserta, termasuk 3,000 graduan yang baru tamat belajar akan mengunjungi gerai Job Malaysia selama dua hari itu,” katanya.

Beliau berkata, separuh daripada majikan yang menyertai karnival Job Malaysia itu terdiri daripada majikan tempatan di Kelantan dan selebihnya dari luar negeri ini.

“Selain itu, majikan terbabit juga menyediakan peluang latihan sambilan kerja kepada pemohon yang mendaftar di bawah Program Azam Kerja selain mendapat elaun bulanan yang disediakan kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply