Berita Hari Ini

Kerajaan BN Mampu Urus Ekonomi Dengan Baik Dan Berfikir Di Luar Kotak, Kata Nor Mohamed

Kerajaan, dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu menguruskan ekonomi negara dengan bijaksana serta membuat keputusan dengan berani dan berfikir di luar kotak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata banyak program yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa kerajaan BN mampu berbuat demikian untuk meningkatkan kualiti hidup dan membawa kemakmuran kepada rakyat.

Katanya, kemampuan kerajaan BN berfikir di luar kotak telah mengubah ekonomi negara, membasmi kemiskinan, mewujudkan perbankan Islam dalam memajukan ekonomi negara.

Nor Mohamed berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pengurusan Estet Padi (EMM) Pertubuhan Peladang di Kawasan Seberang Perai Utara Negeri Pulau Pinang di sini.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia semasa Asia dilanda krisis kewangan pada 1997 untuk memulihkan ekonomi.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");