Sukan Hari Ini
Like

Mat Zan direhatkan sementara sehingga 15 Mei

May 4, 2012
285 Views
1 Comments
2 minutes read
Mat Zan direhatkan sementara sehingga 15 Mei

MALANG bertimpa buat penyandang juara Piala FA, Terengganu apabila bukan sahaja gagal mara ke perlawanan akhir, malah turut ‘kehilangan’ ketua jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris.

Mat Zan kini direhatkan sementara berkuatkuasa serta merta sehingga 15 Mei ini dan tugasnya akan diambil alih penolongnya, Khalid Mohd. Dahan.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Che Mat, keputusan merehatkan sementara ketua jurulatih skuad Penyu itu dibuat atas persetujuan Mat Zan sejurus selepas mesyuarat pengurusan persatuan itu, kelmarin.

Beliau yang juga pengurus pasukan Terengganu turut menyifatkan keputusan yang diambil itu sebagai perkara biasa bagi memberi peluang kepada para pemain serta skuad Penyu meningkatkan lagi prestasi.

“Tak wujud masalah dalaman antara mana-mana pihak dalam persatuan atau pasukan. Biasalah, apabila prestasi sebelum ini agak merosot, kita terpaksa ambil langkah terbaik termasuk merehatkan beliau (Mat Zan) untuk sementara.

“Saya sendiri dan secara lisan arahkan Mat Zan agar beliau berehat untuk tempoh sementara sehingga 15 Mei ini. Ini bermakna tugas beliau akan diambil alih penolong jurulatih Terengganu, Khalid,” jelasnya.

Katanya, Terengganu akan melayani kunjungan Perak di sini, hari ini diikuti menentang Kitchee FC di Hong Kong, 9 Mei ini.

Skuad Penyu juga dijadual melawan Felda United di Melaka pada 12 Mei sebelum menentang Sarawak di gelanggang sendiri, 15 Mei ini.

“Kita tak nak salahkan sesiapa dan kita terpaksa ambil keputusan ini untuk kita perbaiki kelemahan yang ada agar kita dapat bangkit semula dalam mengharungi Kejohanan Piala AFC, selain memburu Piala Malaysia musim ini,” ujarnya.

Tambah Che Mat, beliau dan pihak pengurusan persatuan akan mengadakan perbincangan selanjutnya berhubung perkara itu bagi menentukan kedudukan Mat Zan selepas 15 Mei ini.

– UTUSAN MALAYSIA

Komen & Pendapat

One Comment

  1. Kesian Mat Zan…

    NURUL IZZAH BODOH! ISU PENGUNDI HANTU PUN TAK FAHAM? Baca di sini…

    http://apakecoh2.blogspot.com/

Leave a Reply