Perak Hari Ini
Like

Mesej Twitter: Nizar mohon maaf

May 30, 2012
73 Views
1 Comments
1 minute read
Mesej Twitter: Nizar mohon maaf

“Jika ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian di Ipoh, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat

One Comment

  1. Rafudin

    Inilah masa’alahnya jikalau orang tergila-gilakn publisiti murahan .
    Cuba perhatikan gaya & cara manusia yang gemar melambai-lambai dengan mengeluarkan sebahagian anggota dari kenderaan – manusia bagini samaada otak tak betul , biol atau pun bahalul .
    Manusia ni lebih cina dari orang cina bila bersekongkol dengan masyarakat cina . Dengan beberapa ayat/perkataan yang di sebut dalam bahasa itu , anak saudara saya yang bersekolah di SRJK cina pun bolih senyum2 kambing bila mendengarnya . Katanya , itulah masa’alahnya apabila menyampaikan kata2 secara hafalan … tak ubah saperti karektor Chatur Ramalinggam ( Silencer ) dalam cerita Hindi 3 Idiots yang ditayangkan di TV2 malam tadi !
    Manusia ni jugalah yang perasan dia lebih Islam dari orang Islam . Dia selalu memulakan ceramahnya di khalayak masyarakat islam dengan potongan2 kalimahnya . Selepas itu dituruti dengan segala macam maki hamun , sumpah seranah dan macam2 lagilah …. nak sebut pun malas .
    Dan jangan lupa …. hanya ada 2 individu yang tidak teragak2 “mengusik” institusi raja negeri2 melayu …. pasir panjang & kapal tenggelam .

Leave a Reply