Isu Panas
Like

Nizar Biadab, Pertikai Guna Wang Rakyat Umpama Ludah Ke Muka Sendiri

May 30, 2012
86 Views
1 Comments
4 minutes read
Nizar Biadab, Pertikai Guna Wang Rakyat Umpama Ludah Ke Muka Sendiri

PARIT, 30 Mei – Keceluparan dan kebiadaban Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin terhadap Sultan Johor ekoran pembelian nombor pendaftaran WWW1 terus dikecam hebat malah sikap Nizar yang sangat kurang ajar dan tidak menghormati institusi Raja-Raja ini mengundang kemarahan rakyat khususnya anak jati Negeri Johor.

Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, ini bukanlah kali pertama bekas menteri besar Perak itu bersikap kurang ajar dan biadab terhadap institusi Raja-Raja kerana sebelum ini Nizar pernah bersikap biadab dan angkuh dengan Sultan Perak apabila kerajaan boneka PAS tumbang di negeri itu selain mempertikaikan Tuanku Sultan Selangor berkenaan isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kini, sekali lagi Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang bersikap sombong dan biadab apabila mempersoalkan Sultan Johor dan mendakwa Tuanku telah menggunakan duit rakyat untuk membida pembelian nombor pendaftaran tersebut.

“Bak kata Tuanku, ‘before you open your mouth, do your research’. Tidakkah dia sedar, di kalangan pembangkang juga menggunakan nombor pendaftaran yang tinggi nilainya. Kalau tak silap saya, Menteri Besar Kelantan, mempunyai kenderaan bernombor pendaftaran DV 1, DAT 55 dan DBB 55. Menteri Besar Kedah pula menggunakan KCX 8 manakala Hadi Awang sendiri menggunakan nombor pendaftaran PAS 12.

“Kita sendiri boleh fikir dan tahu nilai kesemua nombor pendaftaran tersebut. Sekiranya Sultan menggunakan nombor pendaftaran tertentu, ianya adalah bersesuaian dengan status dan kewangan Tuanku tetapi Menteri Besar pula bagaimana? Dari mana mereka mempunyai wang yang begitu banyak untuk membida nombor-nombor pendaftaran tersebut dan adakah itu tidak membazir? Jangan nanti meludah ke langit kena muka sendiri.

“Sebenarnya, pembangkang sudah dahaga isu terutamanya Nizar sendiri yang mahu mencari populariti murahan untuk menaikkan namanya yang semakin tenggelam dalam pakatan pembangkang,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi, sewaktu pembangkang memerintah kerajaan Negeri Perak sebelum ianya diambil semula oleh BN, mereka telah membeli 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaaan rasmi exco yang mana kesemua kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.

“Adakah dia lupa tentang perkara ini? Selepas BN mengambil alih pucuk pimpinan Negeri Perak, kesemua kereta tersebut telah dilolong kecuali kenderaan bernombor AGS 10 kerana didakwa Nizar telah membuat tempahan membeli kenderaan itu,” ujarnya.

Tambahnya, apa yang hendak diperkatakan di sini adalah, pembidaan tersebut sebenarnya bukanlah isu pokok tetapi hanyalah cara pembangkang untuk mendapatkan politik murahan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Apa yang dilakukan oleh Sultan Johor adalah berkaitan minat dan kepuasan sebagai seorang warganegara Malaysia yang mempunyai hak apatah lagi dengan jawatan yang disandang Tuanku maka ianya tidak perlu dipertikaikan sama sekali.

“Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar, seharusnya dia tidak harus bersikap biadap dan kurang ajar. Sekiranya Nizar yang berbangsa Melayu tidak menghormati institusi Raja-Raja, apatah lagi bangsa lain. Institusi Raja-Raja bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

“Tindakan tegas terhadap Nizar harus diambil kerana ini bukan kali pertama dia bersikap sangat kurang ajar dan tidak menghormati Sultan. Sikap merendah-rendahkan Sultan adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Nizar perlu belajar untuk beradab. Jangan main semberono sesuka hati. Dia siapa hendak pertikaikan Sultan,” bidasnya lagi.

MediaUMNO

Komen & Pendapat

One Comment

  1. anuar

    asalamualaikum saya tertarik dgn kes datuk nizar ni,bagi ianya hanyalah pendapat umum saja x lbh dari itu mungkin ada kuncu2 umno yg rasa x senang ati sbb populariti yg diraih oleh datuk nizar

Leave a Reply